Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan..SYABAS!

assalamualaikum..

PPSMI : pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris isu pendidikan yang da lama hangat perkatakan..

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda mereka.

Muhyiddin berkata, Kabinet juga meluluskan cadangan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak ia dimulakan pada 2003,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

cikwana yakin masing-masing ada pandangan samada setuju atau tidak..
tak kisahla..
apa yang penting sekarang..
kita kene sama2 pikul tanggungjawab ini bagi memastikan pendidikan di negara kita kekal utuh di mata dunia...;p

~tak suka jadik mangsa keadaan~

3 comments:

SMKRP.klang said...

bak kate ko wana, tak dapat la elaun ppsmi haha~

cikwana said...

hahha..
niat memang kerana ALLAH..
tp kalau dpt elaun lagik bgus..
heheee

Lia3003 said...

hm, wana tq bagi advice kat blog kita..mmg bernas idea wana..tq