Friday, May 15, 2009

GURU OH GURU..

assalamualaikum..

SELAMAT HARI GURU..

Tanggal 16 mei..
hari guru disambut di seluruh negara..
ungkapan di atas ini sangat ringkas namun ianya mempunyai maksud yang cukup mendalam..
tanpa adiah dihulur, namun bagi insan yang bergelar guru ungkapan tersebut mampu membuatkan mereka tersenyum..

Allahyarham Usman Awang dalam sajaknya 'GURU oh GURU' memberi 1001 kesan kepada mereka yang memahami dan menghargai guru...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca..


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

~terima kasih cikgu~

No comments: